Pelarian Afghanistan ke UK masih tiada penempatan

Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel dilihat menemu bual seorang wanita pelarian Afghanistan di Lapangan Terbang Heathrow. - Foto Pool via AP
Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel dilihat menemu bual seorang wanita pelarian Afghanistan di Lapangan Terbang Heathrow. - Foto Pool via AP
A
A
A

COVENTRY - Pelarian Afghanistan di United Kingdom berdepan ketidakpastian di mana mereka akan tinggal setelah dihantar ke negara itu.

Pekerja amal dengan Pusat Komuniti dan Kebajikan Afghanistan, Fahim Zazai memberitahu, beberapa warga Afghanistan masih berada di hotel walaupun tempoh kuarantin wajib COVID-19 sudah berakhir.

"Banyak yang tidak pasti dengan masalah perumahan dan ke mana mereka akan tuju selepas ini. Bagaimana persekolahan dan sokongan kepada anak-anak yang memerlukan," katanya.

Kebanyakan mereka yang melarikan diri dari Afghanistan adalah yang bekerja dengan British.

Mereka ketika ini bergantung hidup dengan sumbangan selepas meninggalkan harta benda di Afghanistan.

Pihak berkuasa UK mengatakan bahawa lebih daripada 100 majlis tempatan telah bersetuju untuk menempatkan warga Afghanistan.

Bagaimanapun ketika ini, dikhuatiri lebih ramai yang terpaksa tinggal di hotel selama-lamanya sekiranya tiada penempatan yang cukup disediakan.

Setakat ini, bandar coventry telah berjanji untuk menempatkan 150 orang warga Afghanistan. - Awani

Artikel Berkaitan: