Jati anjur peraduan kali kedua ‘Masak & Menang Jati Malaysia’

A
A
A

No Image Caption

Kejayaan produk beras jenama Jati menganjurkan peraduan bersama Sinar Harian Aidilfitri yang lalu telah membuka hati syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) untuk meneruskan kolaboratif buat kali kedua.

Kali ini, Jati memilih untuk menganjurkan peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ di platform TikTok, sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pengurus Serba Wangi, Low Zishi berkata, peraduan itu berkonsepkan video masakan yang berdurasi tidak lebih daripada satu minit dan terbuka kepada semua golongan tidak mengira usia.

No Image Caption

Menurutnya, peserta hanya perlu menghasilkan video resipi kreatif makanan Malaysia dan mesti menggunakan muzik rasmi original sebagai latar bersama produk Jati.

Artikel Berkaitan:

“Peserta hanya memerlukan modal yang rendah tetapi pengisian video yang menarik untuk dimuat naik di aplikasi Tiktok mereka secara kreatif dan dengan semangat Malaysia.

“Video mestilah dimasukkan tanda pagar #MasakMenangJatiMalaysia #JatiMalaysia #fyp #SinarHarian. Jadi lebih mudah untuk orang nampak dan sama-sama sertai peraduan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini.

No Image Caption

Mengulas mengenai penggunaan platform TikTok, Zishi berkata, aplikasi tersebut telah menjadi trend terkini yang bukan sahaja untuk golongan muda, malah mereka yang dewasa turut menggunakannya.

Ini menjadi sebab utama Jati mengambil peluang untuk menganjurkan peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ di aplikasi berkenaan seiring dengan perkembangan semasa pengguna berbanding dengan aplikasi media sosial yang lain.

No Image Caption

“Jika dilihat dari segi populariti, TikTok memang sedang meningkat naik. Di Malaysia, orang ramai mula terjebak dengan aplikasi TikTok ini semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) walaupun sebenarnya ia sudah wujud sejak 2016 lagi.

“Jati mengambil peluang keemasan ini untuk berkolaborasi bersama Sinar Harian dengan menganjurkan Peraduan Masak dan Menang Jati Malaysia,” ujarnya.

Semangat

No Image Caption

Hari Malaysia dipilih sebagai kempen dan tema peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ kerana Jati ingin menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia khususnya pelanggan beras Jati dan pembaca Sinar Harian diyakini mampu menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan masakan menggunakan produk Jati dan mengetengahkan nilai-nilai perpaduan ketika menghasilkan video.

“Kami percaya ia akan menyatukan semua kaum tidak kira Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya dalam masakan bagi meraikan kepelbagaian citarasa pelbagai kaum di Malaysia,” jelas Zishi.

Beliau mengharapkan agar peraduan yang mengaitkan kempen Hari Malaysia turut mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan daripada masyarakat berbilang bangsa di. Malaysia.

Katanya, jika sambutan yang diterima memberangsangkan, pihak Jati akan terus menganjurkan pelbagai lagi peraduan menarik untuk pengguna bersama Sinar Harian.

“Jati sentiasa mencari peluang dan ruang bagi menghargai pengguna setia beras jenama ini dan berterima kasih di atas sokongan berterusan para pengguna,” katanya.

Zishi turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong selama keberadaan Jati di dalam pasaran.

Harapannya agar jenama Jati menjadi satu jenama beras yang unggul dan diyakini terutama dari segi kualiti dan sentiasa berusaha untuk mencapai kepuasan pelanggan.

Sejarah

No Image Caption

Untuk makluman, Serba Wangi ditubuhkan pada tahun 1993 dan merupakan salah satu pengeluar beras utama di Malaysia.

Ia meliputi seluruh proses pengeluaran beras dari peringkat pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan hingga pengedaran pelbagai jenis beras dan produk berasaskan beras.

Jati merupakan salah satu jenama beras yang terkenal di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1995.

Ibu pejabat Jati terletak di negeri Kedah, dan cawangannya berkembang ke seluruh Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor.

Orang ramai yang ingin menyertai peraduan ‘Masak dan Menang Jati Malaysia’ boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut di akhbar dan juga media sosial Sinar Harian.