KPWKM nafi kesahihan mesej, borang Google

Foto Facebook KPWKM
Foto Facebook KPWKM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan kesahihan mesej dan borang Google di pautan https://forms.gle/3Tc7jC9f97fUtKC59 berkenaan inisiatif pengumpulan maklumat anak-anak yang kematian ibu bapa akibat Covid-19 seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dan berkongsi berita atau maklumat yang diterima daripada sumber yang tiada kesahihannya, sebaliknya sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KPWKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. - Bernama

Artikel Berkaitan: