Pulapol Kota Kinabalu lokaliti terbaharu dikenakan PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua zon di Kedah dan satu lokaliti di Sabah. Gambar hiasan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua zon di Kedah dan satu lokaliti di Sabah. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kota Kinabalu, Sabah dan dua zon di mukim Kuala Kedah menjadi lokaliti terbaharu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan terlibat.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD di lokaliti terbabit akan tamat pada 19 September dan semua prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Kita juga membuat keputusan untuk melanjutkan PKPD di Penjara Tapah termasuk kuartersnya di Batang Padang, Perak. Pelaksanaan PKPD di lokaliti itu sepatutnya berakhir pada 5 September (Ahad) tapi kita lanjutkan bermula 6 hingga 19 September," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Rodzi berkata, PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Kelantan ditamatkan pada Ahad iaitu lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

Di Sabah, katanya, ia melibatkan Kampung Padas, Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Kampung Inanam Laut, Kampung Bambangan, Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.

Katanya, di Kelantan pula, PKPD di tiga lokaliti ditamatkan lebih awal iaitu Kampung Telaga Bata, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Bunut Sarang Burung.

Artikel Berkaitan: