40 lagi tambahan senarai kit ujian kendiri Covid-19

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Tampin, hari ini. -Foto Bernama
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Tampin, hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah 40 lagi senarai kit ujian kendiri Covid-19 yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam tempoh negara menuju ke arah peralihan endemik.

"Selain memberi banyak pilihan, ia juga mewujudkan persaingan untuk menurunkan harga," katanya dalam temu bual bersama media berhubung petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari KKM di sini pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, penjualan kit ujian kendiri Covid-19 juga akan diperluaskan tidak terhad di farmasi sahaja.

"Selepas ini orang ramai boleh mendapatkannya di kedai- kedai runcit berhampiran," jelas beliau.

Kit ujian kendiri itu ditetapkan penjualannya pada harga RM19.90 bagi runcit manakala RM16 untuk harga borong berkuat kuasa Ahad.

Ia diletakkan di bawah kawalan harga mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan: