KJ janji penyelesaian terbaik isu doktor kontrak

Memastikan penyelesaian terbaik berhubung kemelut perkhidmatan doktor kontrak merupakan antara 26 petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gambar hiasan. - Foto 123RF
Memastikan penyelesaian terbaik berhubung kemelut perkhidmatan doktor kontrak merupakan antara 26 petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berjanji akan memastikan penyelesaian terbaik berhubung kemelut perkhidmatan doktor kontrak.

Beliau berkata, isu tersebut antara 26 petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pada masa ini, ia sedang dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya dalam temu bual bersama media sempena KPI KKM di sini pada Jumaat lalu.

Pada 26 Julai lalu, hartal doktor kontrak diadakan di seluruh negara bagi menuntut kerajaan, antaranya memberi perjawatan tetap kepada mereka selain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM akan membangunkan e-mel khusus untuk petugas kesihatan barisan hadapan bagi memberi laporan secara terus kepadanya.

"E-mel menteri@moh.gov.my dibangunkan supaya ada ruang komunikasi yang terbuka antara petugas kesihatan dengan menteri. Anonymous pun tidak mengapa," katanya.

Artikel Berkaitan: