'Saya akan terus cari ayah'

Perodua Myvi yang ditemui pagi Sabtu di Sungai Dambai, Inanam. Gambar kecil: Joseph
Perodua Myvi yang ditemui pagi Sabtu di Sungai Dambai, Inanam. Gambar kecil: Joseph
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli keluarga mangsa yang hilang selepas kereta Perodua Myvi dinaiki hanyut dibawa arus deras ketika melintas sebuah jambatan di Jalan Kionsom Lama, Inanam pada Jumaat akan meneruskan pencarian.

Menurut anak mangsa Joseph Simon, 34, mereka masih tidak berputus asa untuk mencari bapanya, Simon Sanga Tupe, 68, yang masih hilang walaupun seorang lagi mangsa, Juning Maturun, 37, telah ditemui bersama kenderaan pada pagi Sabtu.

Dia berkata, selepas kejadian itu, ada beberapa dakwaan mengatakan bapanya telah ditemui dan selamat, namun tiada siapa yang dapat memberikan keadaan atau lokasinya yang sebenar.

"Oleh itu, kami meneruskan pencarian sehingga kereta ini ditemui pagi tadi.

"Selepas ini, kami akan meneruskan lagi usaha mencari bapa yang masih hilang," katanya ketika ditemui di Sungai Dambai, Inanam.

Mengulas lanjut, Joseph berkata, dia sekeluarga sambil dibantu rakan-rakan berusaha mencari bapanya sejak kejadian itu dilaporkan pada petang Jumaat.

Katanya, mereka turut dibantu penduduk setempat, namun tidak berhasil apabila arus sungai dilihat terlalu deras.

"Kami membuat keputusan untuk meneruskan pencarian di beberapa lokasi sejak semalam hingga jam 4.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Selepas rehat seketika, kami meneruskan pencarian dan akhirnya menemui kereta itu di sini. Kami terus memaklumkan kepada pihak bomba dan polis," katanya.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat memaklumkan seorang mangsa yang juga penumpang ditemui berada di dalam kenderaan itu pada jam 7.20 pagi.