'Berdebar saya menonton wira negara ini beraksi': Chong Wei

Chong Wei menitipkan kata-kata tahniah dan pujian atas kemenangan Liek Hou menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan ‘straight set’ bergaya, 21-17 dan 21-15.
Chong Wei menitipkan kata-kata tahniah dan pujian atas kemenangan Liek Hou menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan ‘straight set’ bergaya, 21-17 dan 21-15.
A
A
A

SELURUH Malaysia pastinya telah menyaksikan perlawanan membabitkan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam Sukan Paralimpik Tokyo pada petang Sabtu.

Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan ‘straight set’ bergaya, 21-17 dan 21-15.

Debaran perlawanan tersebut turut dirasai legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tidak melepaskan peluang menyaksikannya.

Menerusi laman Facebook beliau, Chong Wei mengakui air matanya bergenang apatah lagi apabila melihat Liek Hou terus memeluk jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek selepas mendapatkan mata akhir.

“Tahniah kepada Cheah Liek Hou!

“Berdebar saya menonton wira negara ini beraksi. Bergenang air mata saya apabila Cheah memenangi mata kemenangan dan terus berpeluk bersama Rashid.

“Tahniah juga kepada Bonnie Bunyau Gustin, Chew Wei Lun dan Jong Yee Khie kerana mengharumkan nama Malaysia! Sangat sangat thank you!

“Syabas juga seharusnya diucapkan kepada atlet-atlet Paralympic negara.

Artikel Berkaitan:

We are so proud of you guys!” tulis beliau dalam laman Facebooknya sebentar tadi.

Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan Liek Hou adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

Pemain ranking kedua dunia itu berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi penuh selama 50 minit.

Sebagai rekod, Liek Hou menang dalam pertemuan terakhir dengan Dheva ketika aksi final Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai, April lalu yang menyaksikan dia muncul sebagai juara.

Pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg). -Awani

ARTIKEL BERKAITAN:Liek Hou sumbang emas kedua negara