X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Warga emas ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Anggota bomba menggunakan 'rescue tools' dan memakai PPE ketika memecah pintu rumah mangsa pada Sabtu.
A
A

GEORGETOWN - Seorang warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah Flat Kampung Melayu, Ayer Itam di sini pada jam 12.12 tengah hari Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 61 tahun ditemui di rumahnya seorang diri dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung perkara itu pada jam 12.12 tengah hari dan tiba ke lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

"Kami menerima panggilan kecemasan mengatakan ada seorang warga emas pengsan di dalam sebuah rumah berkunci. Sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tindakan 'size up' dilakukan di lokasi kejadian oleh anggota yang lengkap memakai perlindungan diri (PPE). Kami terpaksa memecah pintu rumah menggunakan 'rescue tools' kerana ia berkunci.

"Pemeriksaan mendapati, memang benar ada seorang wanita warga emas tidak sedarkan diri di rumah tersebut. Pemeriksaan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya, identiti mayat tersebut tidak dapat dikenalpasti berikutan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi menyelamat tamat pada jam 1.57 petang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!