Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat petang ini

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air bagi kawasan terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih dijangka mula disalurkan secara berperingkat pada petang Sabtu.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka mula disalurkan pada jam 6 petang.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor terjejas berikutan insiden berkenaan.

"Kesemua kawasan yang terjejas adalah sama seperti senarai kawasan gangguan air tidak berjadual baru-baru ini.

"Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, LRA Sungai Semenyih dihenti tugas sejak jam 5.15 petang berikutan pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih.

Artikel Berkaitan: