Serang kekasih kerana tolak adakan hubungan seks

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki bertindak menyerang kekasihnya di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini pada Jumaat gara-gara permintaannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, wanita berusia 28 tahun yang sendirian di rumah sewanya itu telah didatangi teman lelakinya yang bertindak memotong kunci pintu pagar rumah.

"Suspek berusia 37 tahun itu juga telah memotong kunci pintu grill rumah terbabit.

"Suspek kemudian terus memasuki rumah lalu memukul teman wanitanya di bahagian badan menggunakan tangan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, selepas itu suspek telah melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu rakannya.

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, bertindak hasil laporan polis yang dibuat mangsa, suspek bersama rakannya berusia 17 tahun berjaya diberkas sepasukan polis Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam, hari yang sama.

"Kedua-dua lelaki terbabit ditahan di Taman Sentosa, Klang," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca kerana suspek berusia 37 tahun itu mahu melakukan hubungan seks dengan mangsa, tetapi wanita itu menolak.

"Siasatan yang dijalankan juga mendapati suspek utama ini memiliki tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya.

Tegasnya, kedua-dua suspek kini direman dua hari untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.