Bajet 2022: Terengganu fokus pulih ekonomi, aktiviti rakyat

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan memastikan pemulihan semula ekonomi dan aktiviti rakyat antara intipati utama yang difokuskan dalam pembentangan Bajet 2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu penting bagi memperkasakan sektor berkenaan sebaik sahaja negara keluar daripada fasa pandemik Covid-19, tidak lama lagi.

"Memasuki fasa endemik pada tahun 2022 dan menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk memulihkan semula ekonomi serta aktiviti rakyat negeri ini yang terjejas teruk akibat Covid-19," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Misi Kebajikan Bersamamu di Dewan Sivik Buluh Gading di sini,pada Sabtu.

Bagi memastikan kelancaran perancangan ini, beliau berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang cadangan rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan pemikir, golongan profesional dan akademik berhubung input-input bajet termasuk penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk manfaat ramai.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, kerja-kerja pembaikan paip dasar sungai Tangki Berangan yang bermula sejak 23 Ogos lalu kini giat dijalankan dan proses berkenaan dijangka siap mengikut jadual pada 12 September ini.

"Sebanyak sembilan unit paip tiba di tapak krisis air di Losong, pada Jumaat manakala baki 33 lagi akan menyusul secara berperingkat hingga Selasa ini.

“Sejumlah 20 komponen ‘coupler’ yang ditempah dari Australia dijangka tiba di kawasan tapak pada Sabtu disusuli 26 unit lain dari Itali pada Isnin.

“Kerja-kerja penyambungan paip-paip di daratan di Kampung Losong bermula pada hari ini (Sabtu) dan masih mengekalkan target 12 September sebagai tarikh untuk krisis 2.0 ini berakhir, di samping mencuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan lebih awal,” katanya.

Artikel Berkaitan: