Remaja maut motosikal ditunggang rempuh 4x4

Keadaan motosikal mangsa. (Gambar kecil: Muhammad Firdaus)
Keadaan motosikal mangsa. (Gambar kecil: Muhammad Firdaus)
A
A
A

KUALA KURAU - [KEMASKINI] Seorang pelajar sekolah maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah pacuan empat roda (4x4) di persimpangan Jalan Siakap - Simpang Tiga di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kerian, Muhammad Firdaus Munjiat, 17, yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z bersama rakannya, Abdul Azib Abd Halim,17.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, sewaktu kejadian, mangsa bersama rakannya sedang dalam perjalanan ke arah Kuala Kurau daripada arah Simpang Lima, Parit Buntar.

"Apabila sampai tempat kejadian, secara tiba-tiba datang pacuan empat roda digunakan pekerja kontraktor dilantik Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada arah bertentangan, masuk ke laluan motosikal mangsa dipercayai untuk membelok ke simpang kanan yang berada di sebelah kiri laluan mangsa.

"Oleh kerana jarak terlalu dekat, motosikal dinaiki mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sebelah kiri kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Perlanggaran menyebabkan penunggang motosikal maut di lokasi kemalangan di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera ringan," katanya di sini, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian turut difahamkan kenderaan digunakan kontraktor itu baru sahaja selesai menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemasangan wayar elektrik di lokasi kemalangan membabitkan seorang remaja lelaki yang maut ditimpa sebatang pokok kelapa di Parit Abas, Kuala Kurau semalam.

Artikel Berkaitan: