X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Peralihan Fasa Tiga PPN Terengganu ditangguhkan

Ahmad Samsuri (depan, tengah) turun padang bagi mengagihkan air minuman kepada penduduk terjejas krisis air di Dewan Sivik Buluh Gading di Kuala Nerus pada Sabtu.
A
A

KUALA NERUS - Peralihan Terengganu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguhkan selewat-lewatnya hujung September berbanding jadual asal pada awal bulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penangguhan itu disebabkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 yang masih lagi tinggi iaitu kira-kira 60 peratus.

“Dari segi kadar pengambilan vaksin pula, sebenarnya kita sudah melepasi fasa tiga cuma kekurangan ketika ini adalah bilangan katil ICU yang membataskan hasrat untuk beralih.

“Tetapi kita menjangkakan selewat-lewatnya sebelum akhir bulan September kita boleh keluar ke fasa tiga,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Misi Kebajikan Bersamamu di Dewan Sivik Buluh Gading, di sini pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan syarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi kebenaran peralihan fasa memerlukan maksimum 50 peratus kadar penggunaan katil ICU.

Buat masa ini, Perlis, Sarawak dan terbaharu Negeri Sembilan sudah beralih ke fasa tiga manakala Labuan pula sudah berada pada Fasa Empat PPN.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!