476,100 benih udang, ikan dilepaskan

Ahmad (dua dari kanan) melepaskan benih udang di Sungai Paya Lebar, Lubok China di sini, pada Sabtu.
Ahmad (dua dari kanan) melepaskan benih udang di Sungai Paya Lebar, Lubok China di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Perikanan Malaysia sudah melepaskan kira-kira 476,100 benih udang dan ikan di perairan umum negara bermula awal Januari tahun ini hingga sekarang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 300,000 adalah benih udang manakala 176,100 merupakan benih ikan yang dilepaskan untuk manfaat penduduk setempat.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan keperluan bekalan protein negara mencukupi untuk keperluan rakyat dan terus meningkat bergantung kepada keperluan serta populasi penduduk.

Katanya, jaminan bekalan ikan makan menjadi cabaran besar kepada jabatan itu akibat beberapa faktor antaranya perubahan iklim, kenaikan harga input, liberalisasi kewangan dan persaingan makanan.

"Pelepasan benih udang bertujuan menambah dan mengekalkan stok udang dan melindungi stok ikan asli yang terdapat di perairan umum kita.

Ahmad (tengah) menunjukkan sebahagian benih udang yang akan dilepaskan di Sungai Paya Lebar, Lubok China di sini pada Sabtu.
Ahmad (tengah) menunjukkan sebahagian benih udang yang akan dilepaskan di Sungai Paya Lebar, Lubok China di sini pada Sabtu.

"Malah kaedah ini dapat memperkenalkan perikanan rekreasi sebagai salah satu aktiviti utama dalam perairan berdekatan bandar," kata beliau selepas melepaskan benih udang galah di Paya Lebar, Lubok China di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Perikanan Malaysia, Ahmad Tarmidzi Ramly; Exco Pertanian, Penternakan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, kementerian tersebut memperuntukkan sebanyak RM14,000 bagi melepaskan sejumlah 100,000 benih udang galah yang juga merupakan sebahagian daripada kalendar aktiviti Pejabat Perikanan negeri.