X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Kerajaan masih nilai kadar haji, umrah

Kerajaan masih menilai kadar haji dan umrah tahun hadapan berikutan berlaku perubahan kadar cukai di Arab Saudi. Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan masih menilai kadar haji dan umrah tahun hadapan berikutan berlaku perubahan kadar cukai di Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan memaklumkan perkara tersebut selepas ia diputuskan nanti.

Menurutnya, dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang menguruskan sebaik mungkin supaya individu yang telah tertangguh menunaikan ibadat haji dapat melaksanakannya tahun hadapan.

“Masih lagi dalam urusan penilaian kerana kita tahu berlaku perubahan besar-besaran melibatkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk perbelanjaan.

"Kita juga difahamkan kerajaan Arab Saudi meningkatkan kadar cukai dan sebagainya.

Apa pun, bagi kita di Malaysia, kos macam mana sekalipun, orang yang telahpun berhasrat lama untuk pergi haji, kita akan uruskan sebaik mungkin termasuk umrah,” katanya.

Sebelum itu, beliau hadir menyampaikan sumbangan Anugerah Kecemerlangan secara pandu lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat di Pengkalan Chepa di sini.

Pada Awal Ogos lalu, Sinar Harian melaporkan, Arab Saudi akan mula menerima permintaan haji dan umrah dari luar negara untuk jemaah yang sudah divaksin mulai 9 Ogos, selepas lebih setahun tidak menerima jemaah dari luar negara kerana wabak Covid-19.

Dengan kapasiti yang akan meningkat kepada dua juta jemaah dari 60,000 jemaah setiap bulan, Makkah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dengan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!