X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Terbuka AS: Naomi Osaka tersingkir di pusingan ketiga

Reaksi Naomi Osaka selepas dijinakkan Leylah Fernandez pada pusingan ketiga Terbuka AS di New York. - Foto AFP
A
A

LINANGAN air mata mengiringi kekalahan juara bertahan, Naomi Osaka selepas beliau dijinakkan Leylah Fernandez pada perlawanan pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Stadium Arthur Ashe, pada Sabtu.

Juara empat kali Grand Slam itu terpaksa akur kelincahan lawannya dari Kanada berusia 18 tahun yang merupakan pemain ranking ke-73 dunia 5-7, 7-6 (7/2), 6-4.

Malah lebih malang pemain berusia 23 tahun itu yang berstatus ranking ketiga dunia menyatakan beliau akan berehat sementara selepas kekalahan tersebut.

“Sejujurnya, saya tidak tahu bila akan kembali semula untuk kejuaraan lain seterusnya. Saya akan berehat sementar daripada bermain tenis buat masa ini,” kata Osaka sambil mengesat air mata pada sidang media.

Pemain dari Jepun, yang menarik diri dari Terbuka Perancis dan tidak mengambil bahagian di Wimbledon sebelum ini, kemudiannya menolak mengakhiri sesi sidang media.

“Bagaimana saya hendak mengatakan semua ini? Saya rasa seperti baru-baru ini, ketika menang, saya tidak merasa gembira sebaliknya saya berasa lebih melegakan.

“Dan ketika itulah saya kalah dan merasa sangat sedih. Saya rasa itu tidak normal. Saya tidak mahu menangis, tetapi pada hakikatnya saya merasa seperti itu,” ujar Osaka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!