X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Atasi segera masalah capaian internet luar bandar

Abdul Rahman ketika merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Kemas Daerah Lipis secara dalam talian pada Sabtu.
A
A

KUANTAN - Masalah capaian internet luar bandar perlu diambil perhatian serius dan diatasi dengan segera terutama bagi melancarkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memahami selain cabaran pendidikan anak-anak, masalah pencapaian internet luar bandar juga adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

Menurutnya, seperti yang diumumkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 1 September lalu, KPLB akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan semua pihak terlibat bagi menyegerakan penyelesaian masalah itu di kawasan luar bandar.

"Capaian internet adalah satu keperluan, justeru dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, saya yakin pencapaian internet kawasan luar bandar mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abdul Rahman merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Kemas Daerah Lipis secara dalam talian pada Sabtu.
Abdul Rahman merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Kemas Daerah Lipis secara dalam talian pada Sabtu.

Abdul Rahman sebelum itu merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Lipis Tahun 2021 secara dalam talian.

Mengulas berhubung program tersebut, Abdul Rahman berkata, penganjuran bengkel melibatkan 130 ibu bapa kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) itu kena pada masanya.

Menurutnya, konsepnya dilihat tepat dan sangat bersesuaian diadakan selari dengan pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.

"Nilai–nilai positif konsep Keluarga Malaysia menuntut semangat muafakat dan kebersamaan yang perlu dipupuk dan lahir dari rumah.

"Jadi program-program sebegini sangat penting untuk sentiasa dianjurkan lebih-lebih lagi ketika kita semua sedang berada dalam krisis pandemik Covid-19 yang telah mengubah kelaziman dengan cara kehidupan yang baharu," katanya.

Tambah beliau, situasi ketika ini memerlukan ibu bapa melengkapkan diri dengan pengetahuan pendidikan.

"Ia penting untuk membantu negara keluar dari krisis dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menuntut kebersamaan semua pihak untuk melaksanakannya," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!