Reman suspek rogol, liwat, bunuh kerani disambung enam hari

Suspek yang memakai baju lokap polis dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam pada Sabtu.
Suspek yang memakai baju lokap polis dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam pada Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Perintah reman terhadap suspek kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal pada minggu lalu dilanjutkan enam hari lagi bermula Sabtu.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Muhammad Firdaus mengarahkan perintah reman disambung bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 29 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.45 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerani dirogol, dibunuh! Mayat disorok bawah katil

Sinar Harian pada 29 Ogos lalu melaporkan, seorang wanita maut dipercayai dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi, di sini.

Mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang perabot di Sungai Bakap dikatakan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 40 tahun itu dirogol dan diliwat sebelum dibunuh oleh seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan suspek berusia 29 tahun yang tinggal di taman perumahan yang sama untuk siasatan lanjut dan direman selama tujuh hari sehingga Sabtu bagi siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: