Lencongan trafik Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tun Razak mulai esok

Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok sehingga 4 November ini.
Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok sehingga 4 November ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok sehingga 4 November ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu bagi melancarkan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan di sekitarnya.

Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke Jalan Sentul dan seterusnya ke Jalan Sentul Manis melalui pembukaan median baharu dan juga melalui Jalan Pahang untuk ke Jalan Tun Razak.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda yang diletakkan di lokasi sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan langkah keselamatan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: