Selangor alami gangguan bekalan air lagi

Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah. Gambar hiasan

A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, LRA Sungai Semenyih dihenti tugas sejak jam 5.15 petang berikutan pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 172 kawasan di Petaling terlibat dengan gangguan bekalan itu selain Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Info grafik berhubung henti tugas LRA Sungai Semenyih akibat pencemaran bau pada Jumaat.
Info grafik berhubung henti tugas LRA Sungai Semenyih akibat pencemaran bau pada Jumaat.

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari masa ke masa menerusi medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman web https://hentitugas.airselangor.com/," kata kenyataan itu di Facebook Air Selangor pada Jumaat.

Kejadian pencemaran bau di Sungai Semenyih merupakan kejadian kali kedua berlaku dalam tempoh tiga hari.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Artikel Berkaitan: