PKPD di tiga lokaliti di Perak, Pahang bermula Ahad

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Dua lokaliti di Perak dan satu di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 5 hingga 18 September ini selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan trend jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan lokaliti di Perak melibatkan Taman Samudera di Manjung dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin di Batang Padang.

Beliau berkata, lokaliti di Pahang melibatkan kawasan sekitar Pekan Padang Tengku di Lipis meliputi Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia dan deretan kedai pekan berkenaan.

Katanya, PKPD di dua lokaliti di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus yang sepatutnya tamat Sabtu, dilanjutkan hingga 18 September.

PKPD di beberapa lagi kawasan di Sabah yang ditamatkan pada Sabtu pula melibatkan Kampung Menunggui, Kampung Sayap dan Kampung Tuguson di Kota Belud; perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan perumahan Lestari, Felda Sahabat 48 (Lahad Datu); Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria (Tawau) serta Kampung Tangkuyan (Kinabatangan).

Kenyataan itu juga menyebut PKPD di Taman Balok Makmur, Kuantan dan Flat Damai Taha, Temerloh di Pahang turut ditamatkan pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: