Larangan 'dine in' di Zon Selatan Sarawak dilanjutkan

Larangan makan di premis atau ‘dine-in’ di Zon Selatan Sarawak dilanjutkan hingga 19 September depan. - Gambar hiasan
Larangan makan di premis atau ‘dine-in’ di Zon Selatan Sarawak dilanjutkan hingga 19 September depan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Larangan makan di premis atau ‘dine-in’ di Zon Selatan Sarawak dilanjutkan hingga 19 September depan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Zon Selatan melibatkan Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

“Selain itu, tempoh operasi perniagaan premis makan atau restoran secara bawa pulang atau ‘take-out’ dibenarkan beroperasi dari 5 pagi hingga 10 malam. Tempoh operasi perniagaan lain pula dibenarkan dari jam 5 pagi hingga 8 malam.

“Individu atau kumpulan individu juga tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12 malam tanpa alasan yang munasabah,” menurut kenyataan itu.

Pada 27 Ogos lalu, JPBN memaklumkan makan di premis tidak dibenarkan hingga 5 September ini berikutan bilangan kes Covid-19 yang masih tinggi di Sarawak.

Sarawak merekodkan 2,464 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 124,428 manakala jumlah kematian akibat pandemik itu kini 547 orang susulan tujuh kes yang dicatat pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: