X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Remaja tidak mengaku salah rogol kanak-kanak OKU

Remaja lelaki berusia 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang pada Jumaat.
A
A

SELAYANG – Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan orang kurang upaya (OKU), dua minggu lalu.

Lelaki berusia 18 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu di Jalan Sungai Tua, Batu Caves di sini pada jam 6.20 petang, 20 Ogos lalu.

Atas pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan meraba dada dan kemaluan kanak-kanak sama pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam, Mohd Solehudin Hakimi yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nik Fadli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!