X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kerajaan digesa tidak kemuka rayuan usul Undi 18

Syed Saddiq
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya tidak mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung penurunan usia mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun.

Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan mahkamah itu dapat memastikan hak orang muda terus dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga merupakan ketua pembangkang sewaktu usul tersebut diluluskan dengan keputusan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Maka, wajar untuk pelaksanaan ini disempurnakan di peringkat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan segera,” katanya menerusi Facebook beliau pada Jumaat.

Syed Saddiq berkata demikian susulan Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat memerintahkan kerajaan menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun di seluruh negara menjelang 31 Disember depan.

Ahli Parlimen Muar itu turut menyambut baik keputusan agar kerajaan Persekutuan melaksanakan penurunan usia mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan segera.

Katanya, keputusan membenarkan permohonan semakan kehakiman tersebut selari dengan hasrat dan keputusan ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah meluluskan usul Undi 18 pada Julai 2019.

“Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada orang muda yang bertungkus lumus memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan Undi 18 dapat dilaksanakan segera,” ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!