X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

117 kes pelbagai kesalahan dikesan KPDNHEP di Kuala Muda, Sik

Azmi (depan) membuat pemeriksaan bekalan barangan keperluan di beberapa premis sekitar Kuala Muda dan Sik. - Foto KPDNHEP
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 117 kes dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membabitkan pelbagai kesalahan di Kuala Muda dan Sik sehingga Ogos lalu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sungai Petani, Azmi Dan berkata, keseluruhan pemeriksaan yang dibuat adalah sebanyak 9,159 premis sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2021.

Menurutnya, pemeriksaan membabitkan 7,547 di kawasan bandar manakala 1,612 premis terletak di kawasan luar bandar di kedua-dua daerah.

"Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 117 tindakan kes telah diambil melibatkan nilai rampasan berjumlah RM2,075," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, sebanyak 106 kes telahpun dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan berjumlah RM11,400.

Azmi (kanan) membuat pemeriksaan bekalan barangan keperluan di beberapa premis sekitar Kuala Muda dan Sik. - Foto KPDNHEP
Azmi (kanan) membuat pemeriksaan bekalan barangan keperluan di beberapa premis sekitar Kuala Muda dan Sik. - Foto KPDNHEP

Katanya, kesalahan yang dilakukan membabitkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Bekalan 1961, Akta Sewa Beli 1967 dan Akta Cap Dagang 2019.

Beliau berkata, pemantauan dan pemeriksaan bekalan barangan keperluan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan mencukupi bagi pengguna.

"Hasil pemeriksaan mendapati barang keperluan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum mencukupi dan tiada masalah kekurangan bekalan di pasaran," katanya.

Beliau dalam masa sama menyarankan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan mencurigakan agar melaporkan melalui portal e-aduan atau emel, atau melalui aplikasi WhatsApp melalui nombor 019-2794317 atau talian hotline 1-800-886-800.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!