DAP terima suara rakyat: Guan Eng

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

GEORGETOWN - DAP menerima keputusan rakyat yang memilih BN untuk mengisi kerusi DUN Semenyih dalam PRK semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu merupakan suara dan hak rakyat dalam memilih wakil rakyat mereka.

Menurutnya, apa yang diharapkan adalah melihat BN menunaikan janji mereka terhadap rakyat di DUN berkenaan.

"Kita terima keputusan daripada rakyat dan ini lah suara serta hak rakyat. Tentu lah selepas ini adalah harapan kita untuk melihat bagaimana BN menunaikan janji mereka.

"Walaupun tewas, PH akan terus berusaha untuk menyatupadukan rakyat," katanya kepada media selepas menyertai Larian I Love Penang di sini, hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PRK DUN Semenyih yang menyaksikan kemenangan BN yang berjaya merampas kerusi DUN tersebut selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan memperoleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa kekalahan PH di DUN Semenyih adalah satu mesej rakyat untuk diteliti.

"Saya tidak mahu mengulas atau pun menambah (kenyataannya) kerana saya tidak tahu apa yang dia katakan.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mahu ada kontra dalam memberi kenyataan di antara kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Semenyih BN punya!

Semalam, Zakaria menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali, yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).