X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Remaja parah terlibat kemalangan di Lebuhraya NPE

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas terjatuh dalam kejadian kemalangan di kilometer 3.3 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) awal pagi Jumaat
A
A

PETALING JAYA - Seorang remaja berusia 19 tahun cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 3.3 di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 2.05 pagi itu, remaja lelaki terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala akibat terjatuh di atas jalan raya.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya telah berlanggar dengan sebuah kereta jenis Toyota Innova yang secara tiba-tiba mengubah laluan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Fakhrudin, mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang dan masih menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

"Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Abd. Halik Md. Zindi di talian 013 383 2902 bagi membantu siasatan," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!