X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Keputusan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 kekal

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan harga borong dan runcit bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 diletakkan di bawah kawalan berkuat kuasa Ahad ini menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan kekal dengan keputusan penguatkuasaan harga siling set kit ujian kendiri Covid-19 yang berkuatkuasa Ahad ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memilih untuk memihak kepada pengguna bagi mengurangkan beban yang ditanggung berikutan harga kit ujian kendiri yang tinggi.

"Saya faham ada pihak yang tidak berpuas hati tetapi kami memihak kepada pengguna dan keputusan telah dibuat," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) yang memohon penetapan harga runcit maksimum bagi set kit ujian kendiri Covid-19 dilanjutkan ke suatu tempoh bagi membolehkan stok sedia ada dijual pada harga semasa sehingga habis.

Khairy berkata, sekiranya tempoh masa diberikan, rakyat akan terkesan kerana terpaksa membeli kit ujian kendiri pada harga yang tinggi.

"Kalau nak bagi tempoh masa sebulan untuk 'clear' stok, yang terkesan adalah rakyat... mereka terpaksa bayar RM40," katanya.

AKAN MENYUSUL


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!