Pesakit positif Covid-19 lari dari rumah enggan ke PKRC

Antara gambar dan maklumat yang tular sejak Khamis. - Foto ihsan pembaca
Antara gambar dan maklumat yang tular sejak Khamis. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pesakit positif Covid-19 bertindak melarikan diri dari rumahnya di Kampung Padang Gong Pak Maseh pada Khamis kerana enggan di hantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering dekat sini.

Lelaki berkenaan dikatakan telah memotong gelang yang dipakaikan ke tangannya sejurus dimaklumkan dia akan di hantar untuk menjalani proses kuarantin di PKRC terbabit.

Tindakan pesakit terbabit melarikan diri dengan memanjat pagar rumahnya kira- kira jam 11 pagi itu langsung tidak disedari oleh ahli keluarganya.

Difahamkan sebelum itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ada menghubungi abang lelaki terbabit memaklumkan untuk membawa adiknya ke PKRC bagi proses kuarantin.

Pada Khamis, tular di laman sosial meminta kerjasama orang ramai yang mengenali atau menemui pesakit tersebut agar dapat menghubungi pihak berkuasa dalam kadar segera.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan memang ada seorang pesakit positif Covid-19 yang di kesan pada Rabu dan masih menjalani pemantauan di rumah sebelum di bawa ke PKRC.

Dr Kasemani
Dr Kasemani

"Pada keesokan harinya ( Khamis), semasa dalam proses untuk mengambil pesakit terbabit untuk dibawa ke PKRC.

Artikel Berkaitan:

Kira- kira jam 11.30 pagi kami dimaklumkan oleh ahli keluarga yang pesakit itu sudah melarikan diri.

"Laporan polis telah dibuat oleh pihak klinik dan kita sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak polis.

Bagaimanapun saya difahamkan pesakit tersebut sudah berjaya dijejaki polis malam tadi di sekitar bandaraya Kuala Terengganu," ujarnya.