Lelaki ditahan di SJR dengan 12.8 gram syabu

Dadah disyaki syabu ditemui di tempat duduk hadapan kereta suspek.
Dadah disyaki syabu ditemui di tempat duduk hadapan kereta suspek.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana memiliki syabu di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan oleh anggota bertugas di SJR tersebut sekitar jam 1.40 pagi.

"Lelaki warga tempatan itu ditahan dalam keadaan mencurigakan dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.

"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek polis menemui dadah disyaki syabu dianggarkan seberat 12.8 gram dalam bungkusan plastik berwarna kelabu di tempat duduk hadapan kereta berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Walau bagaimanapun, menurut Fakhrudin, ujian saringan awal air kencing mangsa didapati negatif.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: