Belgium serlahkan kematangan di Estonia

Lukaku raikan jaringan ketiganya ketika membantu Belgium tewaskan Estonia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di A. Le Coq Arena, Tallin, Estonia. - Foto AFP
Lukaku raikan jaringan ketiganya ketika membantu Belgium tewaskan Estonia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di A. Le Coq Arena, Tallin, Estonia. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Roberto Martinez memuji kematangan dipamerkan pemain-pemainnya apabila bangkit menewaskan Estonia 5-2 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di laman lawan.

Malah menurut Martinez, tuan rumah sememangnya beraksi pada tahap terbaik apabila memberi tekanan kepada pemain Belgium sepanjang perlawanan tersebut.

“Untuk gol pertama Estonia, sememangnya pemain lawan memanfaatkan peluang terbuka dan itulah bola sepak sebenarnya.

“Gol kedua pula berpunca daripada pertukaran pemain, biarpun begitu saya puji karakter dalam kalangan pemain-pemain Belgium yang tetap tenang apabila ketinggalan satu gol dan tahu tindakan seterusnya.

“Lima gol dalam perlawanan ini membuktikan kematangan dalam kalangan pemain Belgium, biarpun September ini merupakan bukan bulan mudah buat pasukan untuk menang dan bukan selalunya pilihan untuk menang,” katanya.

Pada aksi Kumpulan E di A. Le Coq Arena itu, gol The Red Devils dijaringkan Romelu Lukaku (29', 52'), Hans Vanaken (22'), Axel Witsel (65') Thomas Foket (76').

Sementara itu, gol Estonia pula dijaringkan kapten pasukan Matthias Kait pada minit kedua dan Erik Sorga (83').

Untuk rekod, jaringan Lukaku menyaksikannya kini mencetak 66 gol dalam 99 penampilan bersama The Red Devils yang kini berada di kedudukan teratas kumpulan mengatasi Republik Czech kedua yang akan ditemui Ahad ini.

Artikel Berkaitan: