X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Argentina kekal rentak kemenangan

Martinez meledak gol pembukaan Argentina ketika menentang Venezuela dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium UCV Olimpik, Caracas. FOTO: AFP
A
A

GERGASI Amerika Selatan, Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan apabila melakar kemenangan bergaya 3-1 ke atas Venezuela dalam aksi kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022 di Estadio Olímpico, Caracas.

Tuan rumah yang tampil dengan misi melakar kejutan kedua apabila sekadar menang sekali dalam 14 pertemuan kelayakan berprestij itu terpaksa beraksi 10 pemain selepas Luis Adrian Martinez dilayangkan kad merah kerana mengasari Lionel Messi pada minit ke-32.

“Pada saya babak pertama Argentina beraksi baik biarpun lawan terpaksa beraksi 10 pemain kemundiannya, malah selepas gol itu kami mula mencipta banyak peluang dan akhirnya membawa pulang tiga mata,” ujar penyerang Argentina, Lautaro Martinez.

Gol Argentina pada perlawanan itu dijaringkan Martinez (47'), Joaquin Correa (71') dan Angel Correa (74') manakala gol Venezuela dijaringkan Yeferson Soteldo (94’).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!