Covid-19: Pharmaniaga bakal bekalkan vaksin kanak-kanak

Dr Badrulhisam
Dr Badrulhisam
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Pharmaniaga Berhad bakal membekalkan vaksin untuk kanak-kanak dalam masa terdekat.

Ketua Penyelidiknya, Dr Badrulhisam Abdul Rahman berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian vaksin kepada kanak-kanak selepas data yang dikumpulkan dalam golongan dewasa sudah lengkap.

“Kajian dilakukan kepada kanak-kanak oleh China telah lengkap dan diluluskan serta mereka membuat pendaftaran dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Penggunaanya bukan sahaja di China malah di Indonesia dan Turki untuk vaksin Sinovac.

Di Malaysia sudah daftar tetapi masih di bawah penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“InsyaAllah dalam waktu terdekat Pharmaniaga boleh bekalkan vaksin untuk kanak-kanak berumur 13 tahun,” katanya dalam Wacana Sinar Edisi ke 286 yang bertajuk Adakah Vaksin Covid-19 Benar Berkesan? pada Khamis.

Panel yang hadir ketika Program Wacana Sinar Edisi ke 286 bertajuk Adakah Vaksin Covid-19 Benar Berkesan?.
Panel yang hadir ketika Program Wacana Sinar Edisi ke 286 bertajuk Adakah Vaksin Covid-19 Benar Berkesan?.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Mohamed Iqbal Abdul Rahman dan bekas pesakit Covid-19, Farah Adilah Shamsudin.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Badrulhisam berkata, vaksin dikeluarkan oleh Pharmaniaga Berhad suci dan tiada bahan yang menimbulkan keraguan.

Menurut beliau, vaksin itu dihasilkan melalui proses yang teliti dari segi penghasilan, penulinan dan formulasi bahan yang tidak was-was.

Tambahnya, menurut data dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua vaksin yang diambil masih boleh menyebabkan seseorang individu terdedah dengan jangkitan Covid-19.

“Bagaimanapun, pesakit yang dijangkiti mungkin tidak bersimptom.

Kalau teruk pun sekadar masuk hospital bukannya di unit rawatan rapi (ICU).

“Kalau ikut statistik, vaksin yang lengkap dua dos boleh mengurangkan jangkitan hampir 75 peratus.

“Pada tahap kedua (jangkitan) hanya dalam 60 peratus.

Peratusan bagi sesiapa yang lengkap dua dos merebak pada tahap tiga dan empat juga sedikit,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Iqbal berkata, pengambilan vaksin bukan perkara baharu bagi manusia tetapi sudah diberikan sejak bayi.

'“Maknanya memang dari kecil kita sudah biasa dengan vaksinasi.

Contohnya, polio dan ia sudah hampir tiada di dunia sebab kita dah mula vaksin sejak dari bayi.

“Dalam keadaan sekarang ini (pandemik Coivd-19), kita kena usaha untuk beri vaksin kepada dewasa dahulu kemudian baru beralih kepada kanak-kanak kemudian bayi.

“Pada satu masa, bayi baru lahir mungkin divaksinasi. Itu antara kajian dilakukan nanti,” katanya.