China akan 'kekalkan' kedutaannya di Kabul: Taliban

Menteri Luar Negeri, Wang Yi bertemu dengan Mullah Abdul Ghani Baradar, ketua politik Taliban di Tianjin, China pada 28 Julai lalu. - Foto fail Xinhua melalui Reuters
Menteri Luar Negeri, Wang Yi bertemu dengan Mullah Abdul Ghani Baradar, ketua politik Taliban di Tianjin, China pada 28 Julai lalu. - Foto fail Xinhua melalui Reuters
A
A
A

ANKARA - China akan 'mengekalkan' kedutaannya di ibu negara Afghanistan Kabul, kata Taliban pada Khamis.

Pengumuman itu dibuat selepas perbualan telefon antara Timbalan Pengarah Pejabat Politik Taliban di Doha, Qatar, Abdul Salam Hanafi dengan Timbalan Menteri Luar China Wu Jianghao, kata jurucakap Taliban, Suhail Shaheen.

"Kedua-dua pihak membincangkan situasi semasa dalam negara dan hubungan masa depan," kata Shaheen seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu.

"Hubungan kami akan meningkat berbanding sebelum ini," katanya, sambil menambah Afghanistan dapat memainkan peranan penting dalam keamanan dan pembangunan wilayah.

Shaheen berkata, China akan meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, terutama untuk rawatan Covid-19.

Pada Rabu, Taliban mengatakan bahawa China akan menjadi 'rakan kongsi utama' dan membantu membina semula Afghanistan.

"China akan menjadi rakan utama kami dan menjadi peluang besar buat kami kerana negara itu sudah bersedia untuk melabur dan menyokong usaha pembinaan semula negara kami," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam satu temubual yang disiarkan oleh akhbar Itali, La Repubblica.

Sebelumnya, Ketua Pejabat Politik Taliban di Qatar, Sher Mohammad Abbas Stanekzai telah bertemu dengan wakil khas Perdana Menteri UK, Simon Gass, mengenai peralihan Afghanistan.

Artikel Berkaitan:

"Pertemuan itu memfokuskan mengenai bantuan kemanusiaan, keselamatan dan masalah politik serta hubungan dua hala," kata seorang lagi jurucakap Taliban, Muhammad Naeem Wardak. - Bernama