X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Mama’s Choice perluas pasaran ke Malaysia

Antara rangkaian produk Mama's Choice yang boleh dibeli menerusi laman web rasminya dan platform e-dagang Lazada dan Shopee.
A
A

PENGELUAR produk berasaskan sumber alam semula jadi untuk ibu dan bayi di Asia Tenggara, Mama’s Choice meluaskan pasarannya ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Mama’s Choice, Duri Granziol berkata, Mama’s Choice memilih pasaran negara ini kerana produk keluarannya telah mendapat sambutan memberangsangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Lebih 500,000 unit telah dijual sepanjang satu tahun lepas dengan Stretch Mark Cream (krim penghilang kesan regangan kulit) pilihan utama di semua pasaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ibu mengandung dan ibu yang baru bersalin di Malaysia kini boleh memanfaatkan kelebihan produk Mama’s Choice.

“Mama’s Choice telah menghasilkan produk penjagaan badan dan diri semula jadi dan disahkan halal untuk keperluan pranatal dan postpartum yang selamat untuk ibu-ibu dan bayi mereka.

“Produk kami dibangunkan dan menjalani ujian makmal di Singapura dan dirumus untuk bebas daripada bahan kimia keras dan memudaratkan,” jelas beliau.

Produk utama Mama’s Choice yang kini boleh didapati di Malaysia termasuklah Stretch Mark Cream, Intensive Nipple Cream, Relaxing Massage Oil, Non-Fluoride Toothpaste, Natural Mouthwash, Gentle Face Wash dan Daily Protection Face Moisturiser yang dijual pada harga berpatutan.

Produk Mama’s Choice dijual pada harga RM11.90 ke atas dan boleh dipesan menerusi laman web rasminya (www.mamaschoice.my) dan melalui platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!