Bekas pegawai agensi kerajaan direman tujuh hari kes rasuah RM5,000

Seorang bekas pegawai agensi kerajaan (dua, kanan) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM5,000 pada 2017 hingga 2020 lalu.
Seorang bekas pegawai agensi kerajaan (dua, kanan) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM5,000 pada 2017 hingga 2020 lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai agensi kerajaan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung rasuah bernilai RM5,000 pada 2017 hingga 2020 lalu.

Ia membabitkan kes rasuah daripada syarikat pengiklanan sebagai balasan membantu mendapatkan projek pembekalan pelekat pada kenderaan.

Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek, bermula Jumaat sehingga 9 September.

Suspek yang tiba pada jam 10 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dalam keadaan bergari serta dikawal pegawai SPRM.

Lelaki itu ditahan pada jam 2 petang Khamis selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi dilaporkan mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: