Pasca Taufan Ida: New York isytihar darurat

Banjir turut menyebabkan sebahagian besar jalan utama dan lebuh raya ditutup kerana tidak boleh dilalui. - Foto Reuters
Banjir turut menyebabkan sebahagian besar jalan utama dan lebuh raya ditutup kerana tidak boleh dilalui. - Foto Reuters
A
A
A

SUSULAN Taufan Ida yang melanda Amerika Syarikat, lebih 20 orang dilaporkan maut di timur laut negara itu pada amerika syarikat.

Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya, 12 korban dicatatkan di New York.

Gabenor New Jersey Phil Murphy berkata, pada tengah hari Khamis, sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan terkorban.

Katanya, dari Maryland hingga ke Connecticut, puluhan individu menjadi mangsa dalam kejadian pada Rabu malam dan pagi Khamis ketika sisa-sisa Taufan Ida melanda wilayah itu, membawa bersamanya banjir dan angin kencang di beberapa kawasan.

Susulan itu, pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di New York, yang terjejas teruk akibat banjir kilat.

Sebahagian besar mangsa terperangkap di dalam bilik bawah tanah kediaman masing-masing, ratusan penerbangan dibatalkan, gara-gara lapangan terbang yang dinaiki air.

Banjir turut menyebabkan sebahagian besar jalan utama dan lebuh raya ditutup kerana tidak boleh dilalui. Kebanyakan jalan-jalan digenangi air.

Turut terjejas, perkhidmatan tren bawah tanah. Ratusan penumpang terkandas apabila perkhidmatan itu ditutup.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan kawasan Central Park merekodkan 80 milimeter hujan dalam tempoh hanya sejam. - Awani