X

Kindly register in order to view this article
!

Peluang latihan kerjaya untuk OKU

Zahar bersama dua pelajar pendidikan khas menjadi maskot Bukit Gambang Safari Park.
A
A

KUANTAN - Kolej Imperia berusaha memperkasakan kebolehan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui kepelbagaian latihan secara percuma di bawah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia.

Kementerian itu melalui Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) melaksanakan Program Peningkatan Latihan OKU (OTEP).

Kolej Imperia yang beroperasi di Bukit Gambang Resort City (BGRC) Gambang satu-satunya kolej yang beroperasi di sebuah dan pelajarnya mendapat pendedahan suasana pekerjaan sebenar untuk mereka merancang kerjaya pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zahar Ali berkata, BGRC sememangnya bersedia menerima pelajar OKU untuk bekerja.

“Banyak institut latihan baik awam atau swasta membuka ruang dan peluang untuk golongan ini melanjutkan pelajaran mereka terutama di dalam bidang kemahiran.

“Lebih menariknya pelajar OKU di sini juga diberi peluang mengikuti kursus melibatkan haiwan seperti penjagaan kuda, husbandri gajah dan konservarsi burung," katanya.

Katanya, pihak kolej berusaha menjalinkan kerjasama bersama majikan dan pelbagai agensi bagi membantu membiayai pengajian golongan ini.

Dari kiri: Zahar, Ain, Khairul Akmal
Dari kiri: Zahar, Ain, Khairul Akmal

“Allhamdulillah, ada majikan tampil untuk bekerjasama melalui pelan program pembelajaran yang dibentuk bagi membolehkan pelajar tersebut mendapat peluang untuk mengikuti kursus ditawarkan.

“Mereka berjaya melakukan tugas dengan baik di bawah pengawasan dan pemantauan yang minima. Potensi dan prestasi mereka juga semakin menyerlah kebelakangan ini apabila ada yang mampu melakukan kerja-kerja melibatkan interaksi dengan pelanggan di kaunter hadapan, penjualan tiket dan pramusaji di restoran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau belum ada peruntukan bagi memudahkan mereka menjalankan sebarang program latihan untuk golongan ini.

Beliau yang juga Presiden Special Olympic Pahang memberi contoh dua pelajar pendidikan khas di bawah badan itu terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan World Special Olympics di Abu Dhabi Mac ini ini.

“Kos menghantar pelajar terbabit yang diiringi seorang jurulatih sebahagiannya ditanggung Special Olympics Malaysia tidak termasuk perbelanjaan lain dan wang saku.

“Saya berusaha mendapatkan sumbangan daripada pelbagai agensi awam dan swasta sejak beberapa bulan lepas namun amat mengecewakan apabila gagal mengumpul sebarang dana bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, golongan itu tidak sepatutnya dianggap sebagai golongan minorti atau golongan yang terpaksa bergantung kepada orang lain.

BGRC (Venice) menerima pelatih OKU dan bekerja di resort itu.
BGRC (Venice) menerima pelatih OKU dan bekerja di resort itu.

“Mereka juga sebahagian dari masyarakat dan rakyat Malaysia. Hak dan kebajikan mereka tidak berkait politik justeru kerajaan perlu mainkan peranan membela kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka sebagai rakyat yang tidak terpinggir,” katanya.

Sementara itu, pemegang kad OKU (disleksia) Ain Anuar, 21 , yang kini sebahagian daripada kakitangan di Caribbean Bay Resort BGRC bersyukur kerana diberi peluang membina kerjaya.

Menurutnya, walaupun OKU dia bangga kerana dapat memikul tanggungjawab dengan baik.

“Ketika di kampung saya dipandang rendah sebagai budak kurang upaya (OKU). Selepas mengikuti latihan dan diberi peluang untuk membantu pelanggan, perasaan takut dan malu sudah hilang. Saya dilayan seperti orang normal," katanya.

Rakannya, Khairul Akmal Yahya, pemegang kad OKU (austima dan slow learner) juga gembira kerana bekerja dalam suasana tenang dan diterima pelanggan.

“Saya gembira apabila ditawarkan untuk bekerja di sini (BGRC). Saya ditugaskan pembantu bahagian Public Area. Saya tiada masalah untuk melaksanakan tugasan harian yang dipertanggungjawabkan.

"Saya tetap diberi peluang walaupun sudah berumur 24 tahun. Kalau tiada peluang ini, tidak tahu apa hala tuju saya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!