X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Pengawal keselamatan tidak mengaku cederakan isteri

Mahkamah Majistret Selayang
A
A

SELAYANG – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya minggu lalu.

Muhammad Danish Jezreel Abdullah, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Hana Mardhiyah Tamilis Abdullah, 30.

Kesalahan didakwa dilakukan di pos pengawal keselamatan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kota Emerald Rawang di sini pada jam 6 petang, 23 Ogos lalu.

Atas pertuduhan itu dia didakwa mengikut 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dikenakan atas sebutan bagi kesalahan di bawah seksyen sama.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!