Penghantar makanan tidak mengaku lindungi pesalah kes nahas maut

Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah pada Khamis atas tuduhan melindungi seorang pesalah trafik berhubung kes kemalangan maut, lebih dua minggu lalu.
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah pada Khamis atas tuduhan melindungi seorang pesalah trafik berhubung kes kemalangan maut, lebih dua minggu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melindungi seorang pesalah trafik berhubung kes kemalangan maut, lebih dua minggu lalu.

S Thanaraj, 41 yang juga bekerja sebagai penarik kereta secara sambilan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, S Mageswary.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melindungi G Kesavan, 31 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Kesavan sebagai pesalah bagi kesalahan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan niat hendak mengelakkan lelaki itu daripada seksaan undang-undang.

Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Mahameru, di sini pada jam 4 pagi, 14 Ogos lalu.

Thanaraj didakwa mengikut Seksyen 212(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Dalam kes ini, ia dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin makanakala tertuduh diwakili peguam, M Mathavan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, seorang penghantar makanan ditahan polis kerana disyaki melindungi pesalah trafik yang terlibat dalam kes kemalangan maut di Jalan Mahameru di sini pada bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 7.30 pada malam Selasa.