X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Liek Hou ke separuh akhir

Liek Hou. foto: fb Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A

PEMAIN badminton para negara, Cheah Liek Hou mengesahkan slot ke separuh akhir apabila menewaskan pemain Taiwan, Jen Yu Fang 21-13, 21-9 pada saingan badminton perseorangan lelaki kategori S5, Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Kumpulan B, petang tadi.

Biarpun berdepan sedikit tentangan pada set pertama, Liek Hou dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan Jen Yu pada set pertama, 21-13 dalam masa 13 minit.

Set kedua menyaksikan penguasaan Liek Hou yang dilihat mendominasi permainan untuk menang 21-9 dalam masa sembilan minit.

Liek Hou, 33, bakal berdepan atlet Jepun, Taiyo Imai esok (Jumaat) bagi aksi ketiga peringkat Kumpulan B.

Terdahulu pada Rabu, Liek Hou yang juga pemain ranking kedua dunia, menewaskan pemain ranking ke-36 dunia dari Mesir, Eldakrory Ahmed Magdy Amin, 21-3, 21-2.

Dalam pada itu seorang lagi pemain badminton para negara, Didin Taresoh tidak dapat meneruskan aksi ketika berdepan pemain Brazil Vitor Goncalves Tavares apabila menarik diri pada set kedua bagi kategori SH6, ketika ketika lawannya itu sedang mendahului 18-13.

Didin. Foto: team Malaysia
Didin. Foto: team Malaysia

Tindakannya menarik diri itu telah memberikan kemenangan kepada Goncalves Tavares setelah Didin tewas set pertama, 13-21.

Kekalahan berkenaan merupakan kekalahan kedua Didin setelah tewas 20-22, 10-21 kepada pemain India, Krishna Nagar, tengahari tadi.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Didin dilihat telah memberikan aksi terbaik pada kedua-dua pertemuan berkenaan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!