Enam lokaliti di Pahang, dua di Sabah dikenakan PKPD

Gamabr hiasan.
Gamabr hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Enam lokaliti di Pahang dan dua di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 4 September hingga 17 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Pahang melibatkan tiga perkampungan orang asli di Temerloh iaitu Kampung Kuala Terbol; Kampung Pian; Kampung Lubok Wong manakala di Kuantan Penjara Penor; Rumah Kongsi Pinggiran Goh dan Sempalit, Mukim Gali, Raub.

“Di Sabah pula melibatkan dua lokaliti di Taman Keramat dan Angkasa Apartment.

“PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

Infografik MKN
Infografik MKN

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah bermula 3 September ini.

“Antaranya, Kampung Penampang, Kota Kinabalu; Kampung Baru Pasir Putih, Tawau; Kampung Wallace Bay, Pulau Sebatik Tawau; University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan,” ujarnya.