Penerbangan logistik JBPM bawa vaksin, petugas ke Pos Lemoi

Helikopter bomba jenis Agusta AW 189 digunakan untuk menerbangkan bekalan vaksin dan petugas ke Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis. Foto JBPM Pahang
Helikopter bomba jenis Agusta AW 189 digunakan untuk menerbangkan bekalan vaksin dan petugas ke Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis. Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan penerbangan bantuan logistik Program Pemberian Vaksin (PPV) secara Outreach ke penempatan orang asli Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, helikopter bomba jenis Agusta AW 189 yang diterbangkan juruterbang, Wahyudi Mohd Sayuthi membawa 240 dos vaksin bersama lapan petugas kesihatan dan anggota polis ke pusat PPV berkenaan

Menurutnya, pesawat bersama dua kru penerbangan berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 9.30 pagi dan mendarat di Tanah Rata,Cameron Highlands jam 10.15 pagi.

"Pesawat membawa petugas dan dos vaksin meneruskan penerbangan dari Tanah Rata jam 10.20 pagi dan selamat tiba di Pos Lemoi jam 10.30 pagi.

"Penerbangan bantuan logistik itu merupakan kali yang kedua ke Pos Lemoi selepas kali pertama pada 12 Ogos lalu," katanya.

Anuar berkata, khidmat aset udara bomba itu digunakan bagi mempercepatkan proses penghantaran vaksin dan petugas ke lokasi tersebut yang terletak jauh di pedalaman.

Artikel Berkaitan: