Saintis beri tikus penglihatan malam

Saintis di USTC berkata tikus yang diberi suntikan nano partikel memiliki keupayaan melihat dalam keadaan gelap.
Saintis di USTC berkata tikus yang diberi suntikan nano partikel memiliki keupayaan melihat dalam keadaan gelap.
A
A
A

HEFEI - CHINA. Pernahkah anda terfikir mampu melihat dalam keadaan gelap? Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal, namun kajian terbaharu menunjukkan perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan.

Kajian menunjukkan seekor tikus boleh diberikan penglihatan malam selama 10 minggu melalui suntikan mudah yang tidak mendatangkan kesan kemudaratan serius.

Penemuan itu membuka jalan kepada saintis untuk 'mencipta' mata manusia dengan keupayaan luar biasa selain menjadi penawar kepada masalah penglihatan dan buta warna, kata Tian Xue pengarang kanan di Universiti Sains dan Teknologi China (USTC).

Menurutnya, penggunaan kimia nano partikel berfungsi mengikat sel-sel retina di mata yang mengubah cahaya menjadi isyarat elektrik.

"Kami percaya teknologi ini juga dapat berfungsi pada mata manusia, sekali gus menjadi penawar kepada masalah penglihatan.

"Kajian ini sangat menarik kerana teknologi yang kami hasilkan membolehkan manusia melangkaui keupayaan semula jadi," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: