X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

ATM dirikan Hospital Medan di lima negeri terjejas teruk Covid-19

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media khas di Wisma Pertahanan pada Khamis. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendirikan Hospital Medan di lima negeri yang dikenal pasti berdepan penularan jangkitan harian Covid-19 yang tinggi ketika ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lima negeri berkenaan ialah Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Beliau berkata, usaha bagi mengurus dan meredakan situasi di kesemua negeri berkenaan sudah tentunya akan menjadi keutamaan ATM.

“Saya telah menjelaskan semalam, antara perkara paling penting bagi ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional terutama memerangi Covid-19.

“ATM sememangnya mempunyai infrastruktur, aset serta kepakaran yang mencukupi dan sedia diatur gerak pada bila-bila masa,” katanya dalam sidang media khas Menteri Kanan Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini, Khamis.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!