Gempa bumi lemah, penduduk Semporna tidak rasa gegaran

No Image Caption
A
A
A

SEMPORNA - Penduduk di sini tidak merasai kesan gegaran gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter direkodkan berlaku di daerah ini pada 1.45 tengah hari tadi.

Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana Semporna Juraimin Jadil ketika dihubungi berkata, tiada gegaran dirasai dan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Tiada apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna Fazizul Hizam Borhan memberitahu, pihaknya sehingga kini tidak menerima sebarang laporan mengenai gegaran berkaitan gempa bumi tersebut.

"Keadaan di sini tenang sahaja," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis memaklumkan gempa bumi itu dikesan di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur di Semporna dengan kedalaman 10 kilometer selain turut dikesan 10 kilometer selatan dari Kunak. -Bernama

Artikel Berkaitan: