Malvest agih 30,000 pelitup muka kepada barisan hadapan

Madasin (dua dari kanan) turut menerima pelitup muka daripada pemaju hartanah terkemuka Malaysia, Kumpulan Malvest yang disampaikan oleh wakil Kumpulan Malvest, Pui Lee Yin. - Foto Malvest
Madasin (dua dari kanan) turut menerima pelitup muka daripada pemaju hartanah terkemuka Malaysia, Kumpulan Malvest yang disampaikan oleh wakil Kumpulan Malvest, Pui Lee Yin. - Foto Malvest
A
A
A

KOTA BHARU - Pemaju hartanah terkemuka Malaysia, Kumpulan Malvest mengagihkan 30,000 pelitup muka kepada badan-badan kerajaan dan petugas barisan hadapan di Kelantan pada Khamis.

Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon berkata, sumbangan dilaksanakan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) Malvest2U itu bertujuan membantu memerangi pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini.

“Sejumlah 5,000 pelitup muka turut diserahkan kepada Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi untuk kegunaan bagi Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di Istana Balai Besar.

“Langkah ini juga sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan kerajaan serta barisan hadapan yang terus bertugas dalam suasana pendemik yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sumbangan itu disampaikan oleh wakil Kumpulan Malvest, Pui Lee Yin.

Dalam pada itu, Kian Boon berkata, badan-badan kerajaan yang turut menerima sumbangan tersebut adalah Pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan, Pejabat Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

“Selainnya, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Kontingen Kelantan.

“Turut menerima pelitup muka itu, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd, Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan serta Jabatan Kerja Raya Kelantan juga turut menerima sumbangan tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, program sumbangan pelitup muka daripada Malvest itu akan diteruskan dari masa ke masa bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Kumpulan Malvest adalah pemaju terkemuka projek-projek hartanah di negara ini antaranya Troika Kota Bharu yang baharu disempurnakan menerusi usahasama dengan Yayasan Kelantan Darulnaim serta Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.