Liek Hou terus cemerlang

Liek Hou. Foto: Ihsan Facebook MSN
Liek Hou. Foto: Ihsan Facebook MSN
A
A
A

PEMAIN badminton para negara, Cheah Liek Hou terus mempamerkan kecemerlangan apabila menewaskan pemain Chinese Taipei, Jen Yu Fang 21-13, 21-9, pada saingan Badminton Perseorangan Lelaki (S5) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Kumpulan B, petang tadi.

Biarpun berdepan sedikit tentangan pada set pertama, Liek Hou dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan Jen Yu pada set pertama, 21-13 dalam masa 13 minit.

Set kedua menyaksikan penguasaan Liek Hou yang dilihat mendominasi permainan untuk menang 21-9 dalam masa sembilan minit.

Pada Jumaat, Liek Hou dijadualkan berdepan atlet Jepun, Taiyo Imai bagi aksi ketiga peringkat Kumpulan B.

Terdahulu pada Rabu, Liek Hou yang juga pemain ranking kedua dunia, menewaskan pemain ranking ke-36 dunia dari Mesir, Eldakrory Ahmed Magdy Amin, 21-3, 21-2.

Artikel Berkaitan: