Khidmat Abdul Hadi sebagai Duta Khas ke Timur Tengah disambung

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menyambung pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah.

Pejabat Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada Rabu.

"Kabinet juga bersetuju untuk menyambung pelantikan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur," katanya pada Khamis.

Kedudukan jawatan Duta Khas tersebut menjadi tanda tanya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekali gus berlakunya pembubaran kabinet pada 16 Ogos lalu.

Abdul Hadi dilantik sebagai Duta Khas oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa 2 April 2020 manakala King Sing dilantik pada 20 April dan Richard pula pada 16 Mei tahun sama.

Artikel Berkaitan: